Siakap Keli

Takut Suami Cari Lain, Isteri Hidap Kanser Didakwa Tembak Suami

Seorang wanita yang menghidap kanser hidung dan sinus disyaki menembak suaminya sebelum membunuh diri kerana tidak mahu suaminya bertemu dengan orang baharu selepas kematiannya.

Wanita 38 tahun itu didiagnos menghidap kanser hidung dan sinus pada bulan lalu di Chachoengsao, Thailand.

Ketika kejadian, isterinya ditemui mati di atas katil bersebelahan suaminya dengan kesan lubang peluru pada pagi jumaat yang lalu.

Penduduk yang mendengar bunyi tembakan menghubungi pihak polis dan bergegas ke rumah berkenaan.

Alangkah terkejutnya orang kampung apabila menemui suami kepada wanita itu dengan kesan peluru di dahi namun masih lagi bernafas. Mangsa dikejarkan ke hospital serta diberikan mesin bantuan pernafasan.

Menurut jiran-jiran, wanita itu dikatakan telah bergelut dengan kanser yang dihadapi dan takut jika suami akan mencari pengganti  selepas kematiannya.

Suaminya dipercayai seorang ketua kampung yang ‘disukai’ oleh ramai namun dia menyayangi keluarga dan menjaga isterinya.

Pegawai polis yang tiba di rumah pasangan itu menemui lubang peluru pada tingkap rumah dan ia sepadan dengan pistol yang digunakan suspek.

Anak sulung kedua pasangan itu juga terkejut apabila dia menerima mesej bunuh diri dari ibunya kerana dia menyangka kedua ibu bapanya hidup bahagia.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra