Siakap Keli

(Video) FRU Masuk Stadium, Penyokong Dipercayai Bertindak Baling, Cabut Kerusi

Perlawanan bagi Kumpulan G untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi telah memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Malaysia selepas dua gol cantik dijaringkan oleh Safawi Rasid.

Walau bagaimanapun, kemenangan ini sedikit tercemar ekoran berlaknya ketegangan dan insiden yang dipercayai berpunca daripada beberapa tindakan tidak bermoral.

Terbaru, heboh di media sosial apabila ada yang mendakwa segelintir penyokong telah merosakkan kemudahan di dalam stadium seperti mencabut kerusi dan membalingnya.

Walau bagaimanapun, menurut Twitter Malaysia Gazette, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah memasuki ruangan stadium bagi memastikan keadaan di dalam stadium terkawal.

Bukan sahaja di dalam stadium, unit FRU juga turut mengawal di kawasan luar stadium bagi memastikan keselamatan penyokong terjamin.

Perkara ini supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang terjadi di Stadium Gelora Bung Karno, tiga bulan lepas.

Diharapkan agar tidak berlaku sebarang kekecohan sehingga boleh menyebabkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa malam ini.

Sumber: Bernama / Twitter

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.