Siakap Keli
Foto: Twitter

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis

Kuala Lumpur – Malaysia memperoleh kemenangan dengan menewaskan pasukan Indonesia 2-0 untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menjadi tegang apabila ada segelintir pihak tidak berpuas hati.

Terkini, menurut petikan berita tempatan, seramai 41 orang penyokong yang menhadiri perlawanan tersebut ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam insiden kekecohan.

Menurut Ketua Polis Cheras berkata, pihaknya menahan seramai 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia sejurus taman perlawanan.

“Kesemua mereka ditahan utuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas proses tersebut.”

Terdahulu, balingan suar yang dipercayai daripada penyokong Garuda ke arah tempat duduk penyokong Harimau Malaya menjadi punca kekecohan berlaku.

Sumber: Sinar harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang