Siakap Keli
Gambar Hiasan

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah Akibat Ribut Tropika Kalmaegi

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut tropika Kalmaegi yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,367 kilometer (km) ke timur laut Kudat, Sabah.

Berdasarkan pencerapan 5 pagi ini, kedudukan ribut tropika berada kira-kira 183km ke timur laut Luzon, Filipina dan bergerak ke arah selatan barat daya dengan kelajuan 30km sejam.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang