Gambar: Mohd Sadek Yasin

Buang Slip Merata-Rata Boleh Undang Risiko Jenayah – PDRM

Menggunakan perkhidmatan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) sememangnya memberikan kemudahan kepada semua orang untuk membuat urusan seperti pengeluaran duit. Selain itu, kebanyakan orang juga mengambil kesempatan untuk menyemak baki akaun bank mereka menerusi mesin ATM.

Sejurus selepas selesai menggunakan mesin ATM, ada yang mengeluarkan slip bank untuk melihat baki akaun mereka. Namun, kebanyakan daripada mereka memilih untuk terus membuat slip berkenaan ke dalam tong sampah yang disediakan ataupun kawasan berhampiran.

Tanpa sedar, perbuatan tersebut sebenarnya memberikan ancaman kepada keselamatan akaun bank kerana berisiko menjadi mangsa jenayah. Bimbang akan perkara itu, Polis Diraja Malaysia melalui Facebook rasmi telah mengeluarkan kenyataan berbentuk nasihat kepada orang awam mengenai bahaya slip bank tersebut yang dibuang sesuka hati.

#JomBeringat
BUANG SLIP BANK MERATA-RATA BOLEH UNDANG RISIKO JENAYAH

Setiap kali menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), ramai yang akan mencetak slip bank bagi memeriksa baki wang yang disimpan.

Apa yang mengecewakan, terdapat segelintir penguna yang gemar membuang slip bank merata-merata meskipun telah disediakan tong sampah berhampiran mesin tersebut.

Perbuatan itu bukan sahaja mengotorkan persekitaran, malah secara tidak sedar memberi peluang kepada penjenayah untuk melihat jumlah wang pada slip yang dibuang tersebut.

Gambar: FB Mohd Sadek Yasin

Kecuaian yang mungkin nampak remeh sedemikian, sebenarnya membuka ruang berlakunya kes-kes seperti ragut, rompakan atau jenayah siber.

Nasihat kami:

1. Jadikan sebagai rutin untuk membuang slip bank yang dicetak ke dalam tong sampah yang disediakan.

2. Sebelum itu, koyakkannya menjadi cebisan kecil supaya segala maklumat yang tertera sukar untuk dibaca.

3. Yang terbaik, lihat sahaja jumlah wang simpanan anda pada paparan skrin tanpa perlu mencetakkannya. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko jenayah, malah menyokong Kempen Amalan Hijau bagi mengurangkan penggunaan kertas.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my