Siakap Keli
Gambar: Express UK

Desas-Desus Jose Mourinho Kembali Ke EPL, Dilapor Setuju Ganti Pochettino Jadi Pengurus Spurs?

Jose Mourinho dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama Tottenham Hotspur bagi menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus kelab tersebut.

Tottenham sebelum ini mengumumkan keputusan melepaskan pengurus dari Argentina itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pagi selasa.

Pengerusi kelab Tottenham Hotspur, Daniel Levy, menegaskan bahawa kelab itu sebenarnya “sangat berat hati” untuk memecat Pochettino, namun terpaksa atas dasar inginkan perubahan.

Keputusan yang dibuat tersebut lantas memberi peluang kepada Mourinho untuk menggantikan tempat yang pernah diterajui oleh Pochettino itu.

Menurut pemerhati perpindahan bola sepak Duncan Castles, Mourinho telah bersetuju dengan tawaran dari Tottenham untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus baharu kelab tersebut.

Kali terakhir jurulatih dari Portugal itu memegang jawatan sebagai pengurus adalah pada Disember 2018 bersama dengan kelab Manchester United.

Eddie Howe, Julian Nagelsmann serta Carlo Ancelotti turut dikaitkan dengan jawatan itu, walau bagaimanapun Mourinho telah menjadi pilihan Spurs untuk menggantikan tempat yang telah ditinggalkan oleh Pochettino itu.

Tottenham mengambil keputusan yang drastik itu selepas kelab tersebut menduduki tangga ke 14 dalam liga dengan hanya memperolehi 3 kemenangan sahaja sejak dari liga dimulakan.

Mereka kini keciciran sebanyak 11 mata bagi membolehkan mereka merebut tempat ke kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber: Express UK

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.