Siakap Keli
Kredit Foto: drbobbycarmen, mayoclinic, youtube, lsusd.lsuhsc

Jangan Buat Main, 12 Tanda Ini Mungkin Petanda Anda Ada Kanser Mulut

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Banyak kes yang melibatkan kematian berpunca daripada penyakit kanser ini. Banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada penyakit kanser ini. Namun, jarang kita dengar mengenai kanser mulut. Banyak faktor yang menjadi punca kepada berlakunya kanser mulut.

Tahukah anda, kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal berlaku di dalam mulut kita. Pengesanan awal mengenai penyakit ini boleh dirawat sebelum ianya merebak dengan lebih teruk lagi.

Kenali tanda-tanda kanser mulut yang mungkin ada pada diri anda.

1. Bengkak dlm mulut

2. Tompok merah/putih

3. Ulser tidak sembuh lebih 2 minggu

Kredit Foto: healthnavigator

4. Sukar mengunyah, menelan, bercakap, gerakkan rahang atau lidah

5. Rasa kebas dalam mulut

6. Terasa ada sesuatu terperangkap di tekak

7. Sakit tekak kronik/suara serak lebih 6 minggu (terutama perokok dan pengguna alkohol berusia lebih 50 thn)

Kredit Foto: healthxchange

8. Bengkak pada rahang

9. Bengkak pada leher lebih 3 minggu

10. Sakit telinga berterusan

Kredit Foto: medicalnewstoday

11. Gerakkan gigi tak normal dan berterusan (lebih 3 minggu)

12. Hilang berat badan tanpa sebab.

Kredit Foto: health

Sumber: KKM Putrajaya

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.