Siakap Keli

”Kalau Dah Jiwa Seorang Jururawat Tu Tetap Jururawat Jugak, Sampaikan Burung Pun Sanggup Dirawatnya”

Wanita jiwanya lembut. Mana boleh tengok orang dalam kesusahan. Jangan kata orang yang dalam kesusahan, binatang sakit depan mata pun boleh buat diri mereka sedih. Begitu lembut jiwa manusia yang bernama wanita ini.

Menurut seorang pengguna yang memuat naikkan beberapa keping gambar di laman facebooknya, angah’s امير  mengenai seorang jururawat yang sanggup merawat seekor burung yang tercedera.

Seperti yang sedia maklum tugas jururawat adalah merawat manusia bukannya binatang.

Sungguhpun tugas seorang jururawat adalah merawat manusia yang memerlukan pertolongan, namun jiwa jururawat tetap merawat. Tak kiralah ianya hanya seekor burung, tetap dirawatnya seperti manusia juga.

Tiada apa yang mampu menghalang mereka daripada membantu makhluk Allah daripada menerima bantuan mereka.

Dia yang masih lengkap berpakaian jururawat serta bersarung tangan dilihat sedang membersihkan luka pada bahagian sayap burung tersebut.

Begitulah jiwa seorang jururawat. Sanggup rawat burung itu walaupun bukan tugasnya. Sikap seperti ini harus kita puji supaya jadi ikut pada orang ramai.

Sumber: angah’s امير 

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.