Siakap Keli

KPM Edar Surat Mansuh Aliran Sains dan Sastera, Pelajar Bebas Pilih Subjek Ikut Minat

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu surat yang diedarkan ke sekolah-kolah berhubung pemansuhan aliran sains dan sastera oleh kementeriannya.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, surat yang diedarkan itu mengandungi panduan berhubung pelaksanaan ini dan penjelasan yang perlu diberi kepada pelajar.

“Pemansuhan aliran sastera dan sains perlu dilaksanakan mengikut keupayaan atau pertimbangan setiap sekolah.

“Kita tak cakap semua sekolah untuk hentikan dua aliran ini, tetapi menggalakkan mereka menjelaskan bahawa kita mempunyai pelbagai pakej,” katanya kepada pemberita.

Hal ini menerangkan bahawa, pelajar tingkatan 4 bermula tahun 2020 tidak lagi dipisahkan mengikut aliran sastera atau sains, sebaliknya mereka dibenarkan memilih subjek mengikut minat sendiri.

Tambah Nie Ching lagi, pelajar tingkatan empat digalakkan untuk mengambil beberapa subjek tertentu bagi pakej bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Bermula tahun hadapan, pelajar tingkatan empat boleh mengambil lima subjek elektif mengikut pilihan dan minat masing-masing.

Terdahulu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada bulan lepas dilaporkan berkata, kementeriannya belum memutuskan pelaksanaan pemansuhan tersebut dan ia masih dalam peringkat kajian.

Sumber : Sinar Harian

Nurul Alia Ali