Siakap Keli
Gambar: Wiser.my

Ujian Kereta Terbang Tak Dapat Kebenaran, Tak Jadi Terbang Esok

Mengikuti perkembangan semasa, dikatakan ‘kereta terbang’ akan melakukan ujian pemanduannya pada keesokan hari. Namun, hasrat tersebut nampaknya perlu ditangguh ekoran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan bahawa ujian-ujian yang dirancang UAS E-Hang 216 (EH216) tidak diberi kebenaran oleh CAAM.

Perkara ini adalah ekoran lokasi penerbangan ujian di UNIKL MIAT Hangar Subang adalah kurang 200 meter dari trafik penerbangan komersial dan helikopter. Tambah kenyataan yang dikeluarkan oleh CAAM, kawasan tersebut juga jelas berada di Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pemantauan ketat Kawalan Trafik Udara.

Disamping itu, EH216 hanya mengeluarkan Permit Penerbangan Khas (SPF) oleh Civil Aviation Administraction of China) yang hanya terhad untuk menjalankan penerbangan penyelidikan dan pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.

Walau bagaimanapun, pihak CAAM juga menyatakan keterbukaan mereka untuk mempertimbangkan permintaan bagi penerbangan ujian EH216 di lokasi yang sesuai dan mendapat sokongan daripada pihak berkuasa.

Perkara itu ekoran pihak CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia namun penerbangan demonstrasi mesti dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) untuk memastikan keselamatan terjamin.

Sumber: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra