Siakap Keli

(Video) ”Ini Dah Macam Spidergoat..” Viral Kambing Selamba Panjat Pokok Tinggi, Cetus Rasa Hairan

Video memaparkan dua ekor kambing yang ‘selamba’ menuruni pokok kelapa menimbulkan rasa hairan dan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Perkongsian video berdurasi 24 saat itu dimuat naik oleh seorang lelaki yang menggunakan akaun @jaagrafik di Twitternya kini menjadi tular di media sosial. Dalam tempoh beberapa hari, ianya telah meraih hingga 126 ribu tontonan dan 6 ribu ulang kicau oleh warganet.

Monyet pun belum tentu boleh buat

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen di posting berkenaan turut terhibur dengan gelagat kambing berkenaan. Walaupun kedudukan pokok tersebut dikatakan sebenarnya tidak menengak dan agak condong, tetapi masih dianggap ‘hebat’ oleh netizen.

Bila kambing lupa dia kambing

 

Aku yang gayat tengok kambing ni

Kali pertama tengok kambing panjat pokok sawit

Sumber : Twitter @jaagrafik

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra