Siakap Keli

Bapa Patah Kaki & Tulang Rusuk Dilanggar, Anak Minta Saksi Tampil Beri Keterangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bapa merupakan insan yang sangat berjasa dalam kehidupan seorang anak. Anak mana yang sampai hati melihat sebujur badan yang terlantar di hospital dek kerana kesilapan orang lain.

Seorang pengguna twitter telah memuat satu posting mengenai bapanya yang telah dilanggar lari oleh sebuah hilux  di traffic light Gong Puah, Terengganu pada 18 November lalu dan memohon kepada saksi kejadian tampil membantu keluarganya mendapatkan maklumat mengenai kemalangan yang berlaku itu.

Menurut Afiqa, hilux tersebut telah melanggar lampu merah, manakala bapanya yang sedang menaiki motor sedang melakukan uturn di traffic light tersebut.

Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pemandu hilux tersebut sendiri. Namun telah meninggalkan mangsa di hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan setelah kemalangan tersebut berlaku.

Pemandu hilux tersebut pada mulanya ingin bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya.

Namun setelah 24 jam perkara tersebut berlaku, pemandu tersebut tidak munculkan diri setelah meninggalkan mangsa di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bapa Afiqa telah mengalami 2 patah di bahgaian kaki kirinya dan 1 di bahgaian tulang rusuknya.

Kini bapanya telah selamat menjalani pembedahan yang berlaku selama 5 jam akibat daripada kemalangan yang dialminya itu.

I just cant help myself to keep strong. Abah genggam tangan iqa kuat, sambil cakap “abah sakit, iqa”. Terus laju air mata mengalir. Forgive me abah, im not a strong a girl.

I’ve read all those prayers for abah and family. Thank you so much for all support that i’ve received. Sorry tak dapat reply semua but i really do appreciate all those supports and warm words. Semoga Allah sentiasa lindung org yg kita sayang.

Afiqa turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan bapanya itu.

Dia turut minta saksi yang berada di tempat kejadian tampil membantu keluarganya mendapatkan maklumat mengenai kemlangan yang menimpa bapanya.

Sumber: @afiqabasyirah_

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.