Siakap Keli
Gambar Hiasan

Berang “Password” Wifi Rumahnya Dicuri, Lelaki Didakwa Bunuh Jirannya

Seorang lelaki ditahan polis kerana membunuh dua orang lelaki yang dipercayai mempunyai talian anak dan bapa yang tinggal berjiran dengannya kerana mendakwa mereka mencuri kata laluan WiFinya kediamannya di Pakistan.

Menurut sumber Independent, polis sedang menjalankan siasatan ke atas tertuduh.

Menurut saudara mangsa, mereka mereka pernah menerima ugutan membunuh daripada suspek selepas mereka ‘bertikam lidah’ sejak beberapa bukan lalu.

Suspek juga didakwa menghantar ugutan kepada anak sulung mangsa. Namun, selepas laporan polis dibuat, suspek bertindak menghilangkan diri.

Mangsa adalah pekerja kilang keluli manakala mangsa kedua yang merupakan anaknya seorang pelajar di Universiti Karachi.

Tidak lama selepas kejadian, polis berjaya memberkas suspek dan mengaku membunuh dua mengsa tersebut.

Menggunakan WiFi orang lain tidak salah disisi undang-undang di Pakistan tetapi sesetengah mungkin dilihat daripada segi agama kerana mencuri adalah perbuatan yang salah.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD) berkata bahawa mencuri WiFi adalah ‘fatwa moden’ dan boleh dihukum jika didapati bersalah.

“Tidak dibenarkan orang menggunakan apa yang dimiliki oleh orang lain tanpa bayaran atau kebenaran. Oleh itu, internat harus digunakan hanya selepas seseorang itu melanggan perkhidmatan tersebut.”

Di Pakistan, 96% adalah penduduk yang beragama Islam.

Sumber: Independent

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang