Siakap Keli
Kredit Foto: earthquake.usgs.gov

Gempa Bumi Kuat Gegar Thailand, Penduduk Dakwa Gegaran Terasa Hingga Ke Bangkok

Gempa bumi yang kuat berlaku di sempadan Thailand dan Laos pada hari Khamis, tetapi tidak ada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud mencapai kedalaman 10 km (6 km) kira-kira 92 km (57 batu) timur laut Muang Nan sekitar 6.50 pagi (2350 GMT) waktu setempat.

Gempa itu dirasai di utara Thailand dan penghuni di bangunan-bangunan tinggi di sekitar Bangkok, lebih 600 km (400 batu) daripada selatan. Penduduk berhampiran pusat gempa itu berkata mereka merasakan beberapa gempa susulan.

Jabatan meteorologi Thailand berkata tiada laporan kerosakan dilaporkan.

Sumber: New York Times

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.