Gara-gara tidak mahu anak-anak mendera wanita apabila mereka besar kelak, seorang ibu di Ohio sanggup membunuh tiga orang anak lelaki yang berumur antara tiga hingga empat tahun di antara bulan Julai 2014 dan Ogos 2015 lalu.
Ibu yang berusia 27 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak akan diberikan parol selama tempoh 37 tahun.
Wanita itu mengakui bahawa dia takut anak-anaknya akan membesar menjadi seorang pendera wanita seperti mana yang pernah dialaminya.
Dia juga menghadapi kemurungan dan mengakui cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh suaminya kepada tiga beradik itu.
Hasil siasatan juga mendapati wanita itu mempunyai sejarah hitam semasa remaja apabila pernah dirogol oleh ayah tirinya. Kejadian itu menyebabkan wanita itu mengalami kemurungan dan kecelaruan emosi yang sangat teruk.
Dia membunuh anak-anaknya dengan cara menekup muka dengan selimut agar dia tidak perlu melihat muka mereka.
Dia didakwa dengan dua pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan membunuh dengan sengaja yang boleh membawa kepada hukuman mati.
Sumber: toofab