Putrajaya : Jabatan Imigresen hari ini menumpaskan sindiket penipuan dalam talian terbesar yang dipercayai didalangi warga China di negara ini.
Kejayaan itu dimaklumkan dalam catatan di laman Facebook Jabatan Imigresen hari ini mengenai serbuan ke sebuah markas penipuan dalam talian itu di Cyberjaya.
Menurut catatan itu, hampir 1,000 orang ditahan.
Catatan itu menarik perhatian warganet yang kebanyakannya memuji kejayaan Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan tersebut.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dijadualkan mengadakan sidang media pada 12 tengah hari esok berhubung kejayaan operasi itu.
Sumber : Bernama