Siakap Keli
Gambar Hiasan

Israel Arah Stesen Televisyen Dan Pejabat Pendidikan Palestin Ditutup

Pihak berkuasa Israel dilaporkan bertindak menutup beberapa pertubuhan Palestin Baitulmaqdis pada Rabu lalu termasuklah stesen televisyen.

“Pejabat Palestine TV merupakan rangkaian yang dibiayai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan pejabat Kementerian Pendidikan Palestin juga di arah tutup selama enam bulan”, kata seorang staf yang tida mahu identitinya didedahkan.

Menurut sumber Palestin, Pengarah Syarikat Al-Araz yang mengendalikan Tv Palestin ditahan sementara seorang wartawan saluran itu juga dipanggil untuk soal siasat.

Menteri Keselamatan Umum Israel, GIlad Erdan mengesahkan penutupan pejabat yang digunakan Palestine TV dan Kementerian Pendidikan.

“Saya akan meneruskan dasar yang tegas terhadap apa-apa cubaan oleh Pihak Berkuasa Palestin unuk melanggar kedaulatan kita di ibu negara,” kata Erdan.

Erdan juga mendakwa TV Palestin menghasilkan kandungan anti-Israel di mana negara itu dipersembahkan sebagai “bertanggungjawab bagi jenayah perang dan pembersihan etnik”.

Bagaimanapun, penduduk Palestin mengutuk tindakan penutupan stesen televisyen tersebut.

Sumber: The Times of Israel

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.