Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Konon Rancang Nak Bercinta Lepas Nikah, Wanita Dikecam Gara-Gara Luah Rasa Terkilan Status Kerja Suami

Kehidupan selepas berkawin pastinya tidak sama seperti di alam percintaan. Apabila sudah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan perlu bersedia untuk menerima setiap kekurangan dan kelemahan pasangan mereka dengan seadanya.

Namun, satu luahan oleh seorang pengantin baru di facebook mengenai rasa terkilan dengan suaminya ternyata meraih perhatian netizen hingga menjadi tular. Dalam tempoh sehari dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat 10 ribu tanda suka dan hampir 7 ribu komen daripada warganet yang tidak berpuas hati.

Dia yang bercinta selepas nikah merasakan seperti ‘tertipu’ apabila mengetahui suaminya itu hanya bekerja sebagai penjual burger setalah dua hari mereka mendirikan rumah tangga.

”Saya baru berkahwin dua hari lepas. Saya kenal suami dekat facebook. Tapi tak bercinta. Dan plan nak bercinta lepas nikah.

”Masa kenal suami cakap dia bisnesman. Saya minta hantaran 20k dia bayar je. Tapi bila lepas kawin. Baru saya tahu suami saya jual burger. Kenapa dia tak jujur awal-awal.. pengajaran buat saya sebelum kenal tanya dia kerja apa dan bisnes apa.. ”

Rata-rata netizen yang melemparkan kecaman bertubi-tubi meluahkan rasa marah mereka akan tindakan gadis tersebut yang dilihat sebagai memperlekehkan pekerjaan suaminya. Apa pula pendapat anda?

Apa kata bagi suami kau kat aku?

Mesti terpengaruh drama pukul 7

Bersyukurlah sebab dia ada pendapatan dan bekerja

Tolonglah sekali, kenapa nak merungut?

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra