Siakap Keli

Lelaki Punyai Tabiat Makan Yang Pelik, Mampu Kunyah Badan ‘Kapal’ Seorang Diri Sampai Habis

Tiada siapa sangka tabiat makan makanan pelik seseorang itu boleh menjangkaui akal pemikiran manusia. Seorang lelaki pernah makan 18 buah basikal serta 15 troli pasaraya.

Pelik tapi benar, tapi itulah hakikat yang terjadi kepada Michel Lotito, seorang penghibur daripada Perancis yang juga dikenali dengan nama Monsieur Mangetout(“Mr. Eat-All”).

Bermula dari usia 9 tahun, Lotito mula memakan kepingan kaca yang pecah dan tidak mempunyai kesan atau sakit apa-apa daripada perlakuannya itu. Sejak itu, beliau mula mengunyah semua objek di sekelilingnya.

Menurut doktor, Lotito menghidap penyakit psikologi yang dikenali sebagai pica. Pica adalah dimana psakit suka mengunyah makanan yang tidak bernutrisi.

Selama hampir 50 tahun, Lotito sudah pun makan kira-kira 18 buah basikal, 15 troli pasaraya, komputer, keranca, 6 buah lampu chandelier dan 9 tan kepingan besi.

Pencapaian yang paling hebat Lotito ialah memakan seluruh kapal terbang yang mengambil masa sebanyak 2 tahun.

Tabiat makan Lotito ini telah diiktiraf oleh The Guinness Book of Records sebagai ‘The Strangest Diet’.

Lotito telah meninggal dunia pada 25 Jun 2007 sewaktu usia beliau 57 tahun.

Sumber : Common place

Nurul Alia Ali