Siakap Keli

“Orang Terjun Dari Kapal Sebab Dengar Kena Panggil”, Cerita Pengalaman Ayah Kerja Atas Kapal Menginsafkan

Dunia ini penuh dengan perkara yang tidak dijangka dan mungkin tidak ingin dilihat oleh kita semua termasuk di laut yang terbentang luas.

Sesiapa sahaja yang bekerja di kapal atau offshore pasti sudah lali dengan laut bergelora yang sangat menakutkan.

Satu video di Twitter telah tular pada minggu lalu yang menunjukkan sebuah kapal dilanda badai lautan yang bergelora. Bersama video itu, ada cerita menarik dan penuh keinsafan menjadi perhatian netizen.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Video yang meraih 9.1 ribu retweets dan 9.4 ribu likes itu mendapat perhatian Iqram yang menceritakan kembali mengenai pengalaman ayah beliau yang bertahun lamanya bekerja di atas kapal.

Menurutnya, telah banyak cerita mengenai laut didengari dari ayah beliau yang bekerja di atas kapal kargo dan menghantar jemaah haji.

Sumber: IqramCheonn

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra