Siakap Keli

Peminat Luah Rasa Kesal Di “Socmed”, Bengang BTS Tidak Tercalon Anugerah Grammy

Bagi mereka yang meminati ahli kumpulan k-pop,  BTS sudah pasti pengumuman pencalonan bagi Anugerah Grammy 2020 membuatkan ramai yang kecewa. Kumpulan popular itu langsung tidak tersenarai dalam mana-mana kategori.

Walaupun album kumpulan BTS, Map of the Soul: Pesona merupakan anatara album terlaris di Amerika Syarikat, malah seluruh dunia bagi tahun 2019, kumpulan itu langsung tidak tersenarai dalam anugerah tersebut.

Menerusi ciapan Twitter peminat ahli kumpulan itu @ctrlkoobi, memuat naik rasa kecewanya apabila kumpulan K-pop tersebut tidak tersenarai dalam Grammy 2020.

Senarai pencalonan penuh Grammys. BTS tidak mendapat apa-apa. Dirompak secara serius dan diabaikan, apa yang berlaku? album jualan terbaik tahun ini dan salah satu aksi muzik terbesar di dunia sekarang. Apa yang Grammy inginkan? Untuk mereka menjadi pilihan?

 

Berdasarkan pencalonan senarai tersebut, rata-rata selebriti yang tersenarai terdiri daripada selebriti popular, maka tidak hairan berlaku persaingan sengit dalam pemilihan Grammy bagi 2020.

Walaubagaimanapun, terdapat nitizen yang memberi komen positif dan akan sentiasa memberi sokongan kumpulan kesayangan itu.

 

Sumber: Twitter

Zetty Amelia