Siakap Keli

Satu-Satunya Murid Raih 6A Dalam UPSR Di Sekolah, Perkongsian Guru Tarik Perhatian Neelofa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah keluar pada hari ini dan media sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah kepada semua murid yang telah menduduki ujian tersebut.

Satu ciapan yang telah dimuat naik oleh seorang cikgu, Syafaat Nasir telah tular dengan 6.1 ribu retweets dan 14.8 ribu likes.

Menerusi ciapan itu, Syafaat mengucapkan tahniah kepada seorang muridnya yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Pelajar yang dipanggil Odah itu menjadi satu-satunya murid yang mendapat 6A.

Netizen juga mengucapkan tahniah dan kagum dengan pencapaian Odah serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapannya.

Kisah ini juga mendapat perhatian dari Neelofa yang kagum dengan  Odah yang merendah diri dan boleh menjadi inspirasi kepada yang lain. Selebriti popular itu juga berhasrat untuk memberikan hadiah kepada murid itu sebagai ganjaran untuk kecemerlangannya.

Sumber: Syafaat Nasir

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra