Siakap Keli

”Tolong Hormat, Berhenti Kaitkan Saya Dengan Wanita-Wanita Kisah Lepas” – Safawi Rasid

Dua gol yang disumbangkan Safawi Rasid hingga Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil selasa lalu, melonjakkan nama pemain itu sebagai bintang yang paling menyinar.

Namun, pemain sensasi Johor Darul Takzim (JDT) ini tidak ketinggalan menjadi tumpuan dalam isu peribadinya apabila sering dikaitkan dengan beberapa selebriti tempatan.

Menerusi status ringkas yang dimuatnaik di Twitternya, Safawi tampil menyelar media tempatan untuk berhenti mengaitkan beliau dengan wanita-wanita dari kisah silamnya yang lalu.

Tambah Safawi, semua yang berlaku adalah perkara lepas di mana mereka harus menghormati kehidupannya kini.

Tolong hormat, past is past.

Rata-rata netizen yang memenuhi ruangan komen turut menyatakan sokongan mereka terhadap pemain tersebut.

Mereka bukan sahaja meminta Safawi untuk terus fokus malah mengabaikan gosip liar yang boleh menjejaskan kariernya kelak.

Kau fokus je ‘career’ kau

Tolong hormat ‘privacy’ dia 

Pedulikan apa orang kata

Sumber : Twitter @safawi37

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra