Siakap Keli

(Video) “It’s Ridiculous”, Mat Salih Geleng Kepala Jumpa Teddy Bear Ketika Cuci Sungai Di Malaysia

Air merupakan sumber yang cukup penting dalam kehidupan kita seharian. Namun, kebanyakan sungai yang telah tercemar dek sikap kita sendiri. Sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan menjadi faktor mengapa semakin banyak sungai yang tercemar.

Sampah sarap dibuang sesuka hati ke dalam sungai tanpa fikir kesan yang akan berlaku pada kemudian hari. Jika masalah ini berterusan dan gagal dibendung, maka generasi akan datang mungkin akan tidak dapat menggunakan sumber air bersih yang kian merosot pada masa kini.

Menerusi satu rakaman video yang disiarkan oleh Skill Solution Sdn Bhd yang sedang melakukan kerja pembersihan sungai Klang telah dijalankan.

Rakaman video yang berdurasi 2 minit 5 saat itu menunjukkan begitu banyak sampah yang berjaya dikutip dalam sungai tersebut.

Turut kelihatan terdapat  teddy bear yang dijumpai dibuang ke dalam sungai berkenaan.

Kelihatan teddy bear yang masih elok turut dijumpai dalam sungai semasa kerja pembersihan dijalankan

Ianya dilihat masih dalam keadaan elok dan masih boleh digunakan.

Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di sungai Klang berkenaan turut mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata ramai netizen yang bersetuju dengan kerja pembersihan yang dijalankan dan turut menyatakan kerja-kerja pembersihan seperti ini perlu diteruskan.

“Good job. Let make our rivers clean”

“I think that teddy bear has been thrown by girls that broken with her bf”

“Thank you sir”

Sumber: Skill Soulution Sdn Bhd

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.