Siakap Keli

Motorsikal Berkecai, Penunggang Dipercayai Langgar Lampu Isyarat Merah Melambung Selepas Dirempuh

Kemalangan jalan raya sering berlaku terutamanya melibatkan motosikal. Perkara ini adalah kerana motosikal merupakan kenderaan yang mempunyai risiko yang tinggi terdedah kepada kemalangan. Kebanyakan kes kemalangan yang berlaku di negara kita akan disebabkan sikap cuai dan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya.

Antara sikap yang dimaksudkan adalah tidak mematuhi peraturan jalan raya. Melanggar lampu isyarat merah merupakan salah satu perbuatan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Ingkar akan peraturan tersebut, pengguna jalan raya terdedah kepada bahaya sehingga boleh menyebabkan kecederaan malah meragut nyawa.

Seperti perkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, satu rakaman kemalangan dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran UiTm Seri Iskandar, Perak.

Menerusi rakaman tersebuat, sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U tidak sempat untuk mengelak sebuah motosikal yang meluru laju di bahagian bahu jalan.

Akibat perkara itu, motosikal berkenaan bertembung dengan kenderaan itu sehingga menyebabkan motosikalnya berkecai. Malah, yang lebih teruk ialah penunggang tersebut melambung tinggi sebelum terjatuh di atas jalan.

Menerusi ruangan komen, ada yang mendakwa kemalangan ini adalah disebabkan penunggang motosikal berkenaan telah melanggar lampu isyarat merah.

“Nak salahkan siapa..Semoga mangsa baik-baik sahaja”

“Semoga kau cepat sembuh.. Tengok pada gaya memang sakit”

“Sebab musabab sebenarnya untuk jadi begitu.. Semoga keadaan mangsa baik”

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra