Siakap Keli

(Video) Terjun Bangunan, Bertempiaran Lari, Imigresen Serbu Premis Dipercayai Markas Sindiket ‘Scam Online’ Terbesar

Sekitar petang tadi, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu premis yang disyaki menjadi markas kepada sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian.

Serbuan yang dibuat telah berjaya menumpaskan sekitar 1000 orang warga China bertempat di Cyberjaya, Selangor.

Ekoran serbuan tersebut, satu sidang media khas akan diadakan pada 21 November 2019 berhubung operasi penguatkuasaan ini. Melalui satu perkongsian di Facebook Cyberjaya Community, dipercayai keadaan kecoh berlaku ketika serbuan dilakukan.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat sekumpulan suspek berlari bertempiaran di kawasan berhampiran Wisma Mustapha Kamal, Cyberjaya dipercayai untuk melarikan diri daripada diberkas.

Malah, ada juga yang sanggup melompat daripada banggunan tinggi supaya diri mereka tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Cyberjaya Community / Malaysia Immigration News Update

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra