Siakap Keli
Gambar: Fourfourtwo.com

FAM Keluarkan Senarai Akhir 20 Pemain B-22, Tiada Kelibat Wan Kuzain Timbul Tanda Tanya Netizen

Persediaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina dilihat hampir selesai setelah beliau telah menyenaraikan senarai 20 pemain. Pemain-pemain yang terpilih untuk menggalas cabaran di Filipina diharapkan dapat menghadiahkan Malaysia satu pingat emas.

Sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai akhir 20 pemain Skuad B-22 Kebangsaan Ke Sukan SEA 2019.

Menerusi senarai tersebut, pemain yang menjadi tumpuan akan menguatkan skuad Bawah 22 tahun itu ialah Adam Nor Azlin, Syahmi Safari, Syamer Kutty, dan  Akhyar Rashid. Tidak ketinggalan untuk menguatkan bahagian serangan pasukan negara B22, Luqman Hakim juga turut tersenarai.

Walau bagaimanapun, kelibat nama Wan Kuzain yang digembar-gemburkan akan menguatkan skuad Datuk Ong Kim Swee tidak kelihatan.

Ekoran itu, netizen tertanya-tanya mengenai status Wan Kuzain yang tidak tersenarai di dalam 20 senarai akhir 20 pemain ke sukan SEA 2019.

“Sayangnya wan kuzain tak dapat main”

“Kenapa Wan Kuzain tak diberi peluang, tak sampai 2 minggu di tanah air.. buat penat datang jauh-jauh”

“Wan Kuzain kena gugur ke.. penat budak tu datang dari Amerika..last last kena gugur”

Walau bagaimanapun, terdapat netizen yang mendakwa ketiadaan kelibat Wan Kuzain dalam senarai akhir skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee adalah disebabkan oleh masalah dokumentasi yang tak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Sumber: Football Association of Malaysia (Official)

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.