Siakap Keli

Ingatkan Saja-Saja, Rupanya Ada Sebab Kenapa Kebanyakan Bahagian Bawah Kapal Warna Merah

Perasan tak warna merah yang dicat pada bahagian bawah kapal?

Kalau perasan, kebanyakkan kapal dicat dengan warna merah yang sama. Tahukah anda kenapa?

Rupanya ada sebab ia dicat dengan warna merah iaitu untuk mengelakkan bahagian badan kapal tersebut dimakan oleh cacing pemakan kayu dan melindunginya daripada teritip iaitu sejenis siput laut yang kebiasaannya melekat pada perut kapal atau perahu.

Cat berwarna tersebut mengandungi tembaga oksida yang bertindak sebagai biocide. Tembaga tersebut akan bertukar menjadi warna merah.

Dengan mengurangkan kekotoran yang secara semula jadinya ‘dikutip’ oleh badan kapal, ia akan mengekalkan struktur kapal tersebut dan mengelak daripada terbeban dengan sisa ‘sampah’ seperti rumpai laut.

Badan kapal juga dicat dengan warna merah kerana untuk mengekalkan tradisi nautika yang boleh membantu pemerhati mengukur beban kapal kargo. Hal ini juga dapat dilihat apabila semakin banyak beban di atas kapal semakin rendah parasnya di dalam air.

Disebabkan itu juga kita sering melihat posisi nombor-nombor pada badan kapal diletakkan dengan menegak.

Sumber: Mental Floss

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra