Siakap Keli
Gambar hiasan

Ini Rupanya Fungsi Tanda Merah Putih Dekat Litar Lumba, Sangat Penting Untuk Pelumba Pro

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua peminat-peminat sukan permotoran pastinya sudah tahu tentang apakah fungsi serta nama bagi garisan berwarna merah dan putih yang terletak di setiap sudut selekoh sesuatu litar perlumbaan itu.

Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam sukan permotoran ini, anda harus tahu tentang apakah fungsi garisan merah putih ini bagi memperkuatkan ilmu tentang dunia permotoran yang semakin hangat di Malaysia ini.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Diari Sbk Erwin Afandi ada berkongsikan tentang serba sedikit mengenai garisan merah putih ini, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Gambar: Diari Sbk Erwin Afandi

Apa itu Apex?

Kita boleh nampak tanda merah putih ni di lokasi lokasi cornering di track. Sebelum kona, dalam kona dan selepas kona.

Lokasi cornering ini yang digelar ‘Apex‘.

Mengapa namanya ‘apex’ dan apa definisinya? Saya pun kurang pasti secara tepatnya.

Apa yang saya faham. Terma ‘apex’ ni merujuk kepada bentuk ‘geometri curve’. Disetiap ‘curve’ ada pusat utama ‘center’ yang disebut ‘apex’.

Sebab itulah kita ada dengar racer racer sebut ‘hitting the apex’.

Fungi garisan merah putih

Kita selalu menonton live Race moto gp, wsbk, formula one dan lain lain. Kita boleh lihat dimana jua track kelajuan tinggi. Di setiap lokasi cornering ada tanda line putih dan merah. Sebelum, dalam dan selepas kona akan kelihatan.

Tanda berkenaan digunakan oleh racer untuk melalui kona.

Bila saya belajar ride dalam track. Saya disuruh untuk ikut tanda ni. ‘From apex to apex’.

Saya perlu rapat ke tanda merah putih masa kona.

Entry speed

Masa rider tengah laju. Bila rider dah nak sampai ke kona. Rider akan lakukan entry speed.

Rider akan tutup minyak.

Rider diajar untuk sebaik mungkin berada dalam raceline yang baik.

Rapat ke tanda merah putih yang kelihatan sebelum kona.

Masuk je braking zone dan lakukan seperti mana yang diajar untuk braking.

Drop ke gear yang sesuai.

Bersama Body position dan vision rider terus counter steer di turn in point yang dah rider set lalu membawa jentera lean masuk kona.

Sekali lagi rider akan menuju ke tanda merah putih dalam kona dan ‘hitting the apex’.

Kemudian rider terus ke tanda merah putih yang ada di exit kona.

From apex to Apex.

Gambar hiasan

Secara asasnya. Kemahiran cornering ride santai di luar sama dengan track. Cuma di track berbeza suasana.

Ada rider yang tak pernah bertrackday kata. Di track senanglah. Takda lori. Takda kenderaan awam. Takda halangan. Takda besi tepi jalan. Kalau ride dalam track lagi senang.

Sebenarnya kurang tepat. Saya dah lama belajar kemahiran cornering di jalanraya biasa route kona.

Bila enter ride dalam track sepang. Sebenarnya susah. Walaupun basic adalah sama. Di track rider perlu belajar line yang lain, apex yang lain, track lebar, braking, turn in point, entry speed dan segala teknik kemahiran ride track berkelajuan tinggi.

Memang best. Selamat. Terbaik. Tapi bukan semudah yang disangka oleh sesetengah rider yang masih belum merasai Track Kelajuan.

Saya enter track untuk riadah. Bukan nak jadi racer. Niat nak improve riding skill sambil seronok seronok dan terus explore perkara baru dalam hobi.

Sumber: Diari Sbk Erwin Afandi

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.