Siakap Keli

Jangan Ambil Mudah, Cara Bersihkan Siakap Wajib Tahu Untuk Hilangkan Bau Dan Hanyir Melampau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasaannya, ikan siakap dijadikan juadah utama ketika seisi keluarga pergi ke restoran-restoran untuk menjamu selera. Apa tidaknya, ikan siakap yang dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti siakap tiga rasa, siakap stim limau dan banyak lagi pastinya memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk memasak sendiri juadah berkenaan. Namun, masalah yang dihadapi ialah bau hanyir daripada ikan siakap yang sangat kuat. Terpalit dengan masalah itu, seorang lelaki berkongsikan cara mudah untuk membersihkan ikan siakap dan meminimumkan bau dan rasa hanyir. Ikuti perkongsian Arbi Mohd Arbi dan praktikkannya ketika anda ingin memasak ikan ini.

Ini ialah siakap yang sudah dibersihkan perut dan sisik tapi lom cukup bersih lagi ni.  Jom kita bersihkan.

Keadaan isi perut ikan siakap yang harus dibersihkan. Insang, lebihan organ dalaman, darah beku dan urat yang berada diatas tulang perut.

Setelah dibersihkan. rendam ikan seketika didalam bancuhan air asam jawa atau any citrus family.

Oihhhh cakap omputih plak.  Citrus family ni contoh limau kasturi, limau nipis.

Semoga tips ni berguna buat korang.  Safety first, ketika mencuci always dari kepala ke ekor jangan nyonsang sebab nanti jari akan terluka.

Biar hati yang terluka, jangan jari. “Selamat Mencuba dan ingat, gagal sekali tak bererti gagal selama lamanya.”

Urat ni bersambung dari kepala hingga ke ekor dan didalam urat ni terkandung lebihan darah.  Seandainya tidak dibersihkan ketika memasak ianya akan pecah dan darah akan meresap masuk ke dalam isi. Mesti spoil kan mood bila ngah sedap2 menikmati hidangan.

Inilah uratnya yang merah2 tu la lebihan darah dia.

Keadaan ikan yang telah dibersihkan.

Selain itu, lelaki ini juga berkongsikan video cara-cara membersihkan ikan siakap bagi memudahkan kefahaman anda untuk mempraktikkannya.

Sumber: Mohd Arbi Abd Ghaffar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra