Siakap Keli

”Kalau Kena Tikam, Mana Darah?”, MA Tampil Tepis Dakwaan Fans Indonesia Kena Tikam

Media sosial ketika ini masih lagi hangat dengan cerita-cerita luar padang mengenai perlawanan seteru utama di antara dua negara berjiran iaitu Malaysia dan Indonesia.

Biarpun keputusan perlawanan telah pun diketahui, namun cerita-cerita di sebalik perlawanan tersebut masih lagi didebatkan di media sosial.

Antaranya ialah kes balingan suar, insiden penyokong Indonesia dipukul dan sebagainya.

Baru-baru ini ada sebuah akaun Twitter yang dipercayai milik seorang penyokong Indonesia yang mendakwa bahawa salah seorang penyokong Indonesia yang hadir ke stadium tempoh hari cedera akibat ditusuk di bahagian dadanya.

Sungguhpun begitu, seorang pengguna Twitter yang tidak mahu mendedahkan namanya ada menjelaskan mengenai perkara sebenar. Dia juga mendakwa merupakan salah seorang daripada ‘team medic’ yang merawat mangsa tersebut.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh penyokong Indonesia itu adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana, ketika dia merawat penyokong Indonesia itu, dia hanya merawat mangsa kerana mata mangsa merah akibat daripada terkena api daripada suar sahaja.

 

Tusukan yang di dada seperti yang didakwa penyokong Indonesia itu juga adalah tidak tepat. Ini kerana, yang ada di dada mangsa itu adalah hanya ‘gauze’ yang dibasahkan bertujuan untuk lap muka mangsa.

Pelbagai insiden yang tidak sepatutnya berlaku pada perlawanan yang membabitkan kedua-dua negara jiran tempoh hari sedikit sebanyak telah mencemar semangat penyatuan dalam sukan.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya lebih bersikap matang dan tidak sepatutnya membiarkan provokasi-provokasi yang dilakukan oleh sesiapa pun mempengaruhi kita.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.