Siakap Keli

Nafsu Makan Melampau? Anda Mungkin Alami Gangguan Binge Eating Disoder & Ini 5 Tandanya

Tanpa anda sedar, anda mungkin menghadapi ‘Binge Eating Disoder’ (BED) apabila anda asyik teringat tentang makanan dan tabiat suka makan yang melampau.

BED merupakan sindrom kecelaruan makanan apabila seseorang itu gagal mengawal nafsu pemakanannya. Mereka yang mengalami sindrom ini akan makan dalam kuantiti yang banyak walaupun sudah kenyang.

Sindrom ini ada kaitan dengan psikologi dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Namun, golongan wanita dikatakan lebih kerap mengalami gangguan ini terutamanya pada peringkat remaja.

Antara tanda-tanda BED :

  1. Tidak boleh kawal nafsu makan.
  2. Selalu memikirkan tentang makanan.
  3. Sering menyembunyikan makanan dan makan secara sembunyi tanpa diketahui orang lain.
  4. Sering makan ketika mengalami tekanan.
  5. Sering makan walaupun sudah kenyang.

Sumber: Hello Sehat

Zetty Amelia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.