Siakap Keli

Padah Sailang Pakwe Teman Baik Sendiri, Isi Pipi Wanita Terkeluar Kena Gigit

Wanita berusia 19 tahun dikatakan melakukan serangan terhadap rakannya di kelab Aura Dundee, Scotland yang lalu kerana berang apabila teman lelakinya dirampas oleh rakannya.

Serangan yang dilakukan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang teruk dibahagian muka dan terpaksa melakukan pembedahan plastik untuk kembali kepada asal.

Wanita itu juga dikatakan telah memukul kepala dan mencekik mangsa dengan kuat sekali sehingga membawa kepada kecederaan parah dan kecacatan kekal.

Namun begitu, wanita tersebut mengaku bersalah dan dipenjarakan atas tindakannya itu.

Sumber: The Sun

Zetty Amelia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.