Siakap Keli

Polis Kelantan Panggil Empat Remaja Bantu Siasatan Kes Rosakkan Harta Sekolah

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) — Polis Kelantan akan memanggil empat remaja bagi membantu siasatan berhubung perbuatan laku musnah terhadap harta benda sebuah sekolah di sini, yang rakaman perbuatan itu tular di media sosial sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Mohd Suhaimi Ali berkata empat remaja berusia 14 tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan petang tadi.

“Ia berhubung tindakan empat remaja itu merosakkan lapan kerusi milik sekolah berkenaan pada pukul 12 tengah hari semalam, sehingga tular di media sosial.

“Kita telah mendapatkan keterangan daripada pentadbiran sekolah berhubung kejadian itu manakala empat remaja berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda yang boleh membawa kepada hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tular di Facebook sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan beberapa remaja yang membaling dan menyepak beberapa kerusi plastik dipercayai berlaku dalam sebuah kelas selepas sesi terakhir sekolah semalam.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.