Siakap Keli

POPULAR Buat Promosi Penghabisan Stok Tak Masuk Akal, Nak Jual Buku Serendah RM1 Je

Bila sebut pasal kedai buku, mesti kepala korang teringat kedai buku POPULAR kan? Sebab kedai buku POPULAR sangat mudah untuk ditemui di kebanyakkan pusat beli-belah utama di Malaysia. Jadi, untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia POPULAR, POPULAR akan mengadakan promosi penghabisan stok yang akan diadakan di MINES 2, Seri Kembangan dari 22 November 2019 hingga 1 Disember 2019.

Promosi Penghabisan Stok ini bakal buat korang teruja kerana pelbagai tawaran menarik serta diskaun istimewa untuk pelanggan-pelanggan setia POPULAR. Korang minat novel? Jangan risau, dapatkan novel Bahasa Melayu kegemaran korang serendah RM10 sahaja tau. Buku untuk korang yang ada anak-anak kecil pun ada tau. Komik popular seperti Doraemon, Boboi Boy dan DisneyFrozen 2 turut dijual dengan harga sangat murah.

Tawaran lain yang tiada siapa boleh tandingi, ialah nikmati buku-buku Bahasa Inggeris terpilih dengan harga serendah RM1 sebuah buku. Bagi peminat buku-buku Repertoire terbitan luar negara atau tempatan, korang takkan lepaskan peluang untuk membelinya dengan harga RM10 sebuah. Selain buku-buku yang menarik, POPULAR juga akan membuat promosi CD RAMA iaitu album Taylor Swift dan cenderahati serta album KPOP untuk semua peminat KPOP di Malaysia. Kalau korang nak borong alat tulis untuk anak-anak nak sekolah nanti pun POPULAR akan buat promosi yang menarik.

Alaa, takkan diskaun buku je? Sabar, POPULAR pun nak bagi baucer kat korang. Dengan pembelian RM50 ke atas dalam 1 resit, korang layak untuk menerima baucer RM10 yang boleh ditebus terus di situ juga. Korang belum ada POPULAR Card atau belum renew kad korang? Inilah masa yang sesuai untuk korang dapatkan POPULAR Card atau renew kad yang dah tamat tempoh tu. Sebab korang layak dapatkan set Pisau Seramik POPULAR bila korang subscribe POPULAR Privilege Card selama 3 tahun atau dapatkan PILOT 0.44mm super-smooth writing gel pen bila korang subscribe POPULAR Card selama 1 tahun. Sekarang korang dah boleh mohon atau renew POPULAR e-Card korang menerusi aplikasi POPULAR MY.

Selain jualan murah, banyak lagi aktiviti yang disediakan untuk korang seisi keluarga seperti kelas melukis untuk peserta berusia 15 tahun ke atas pada 23 November dari jam 1 petang hingga 2.45 petang. Yuran hanya RM50 sahaja. Selain itu ada juga aktiviti bengkel menghias cupcake terbuka untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun pada 29 November dari jam 4 petang hingga 5.45 petang. Yuran penyertaan juga RM50. Ada lagi, aktiviti Ho Ho Ho, X’mas Nagomi Art juga turut diadakan dan dibuka untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Daftar online di SINI dan bayar pada hari kejadian atau korang boleh daftar  dan bayar yuran penyertaan di beberapa stor POPULAR yang terpilih seperti di AEON Mall Cheras Selatan, AEON Mall Taman Equine, IOI Mall, Cheras Leisure Mall dan Mid Valley Megamall. 10 peserta terawal akan menerima doorgift yang bernilai RM50.

Anak korang pandai mewarana? Jom bawa anak-anak korang sertai pertandingan mewarna dan rebut hadiah wang tunai berjumlah RM1000 ditaja oleh jenama MONAMI. Pertandingan mewarna ini bakal berlangsung pada 25 November 2019 (Isnin), terbuka untuk kanak-kanak 5-8 tahun untuk kategori A dan 9-12 tahun untuk kategori B. Daftar secara percuma di SINI atau boleh dapatkan borang penyertaan di stor POPULAR terpiliih seperti di AEON Cheras Selatan, AEON Taman Equine, IOI Mall, Cheras Leisure Mall and Mid Valley Megamall.

Jangan tunggu lagi, jom serbu MINES 2 bermula 22 November ini sehingga 1 Disember 2019, pukul 10 pagi hingga 10 malam. Bawa keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan untuk sama-sama memeriahkan promosi penghabisan stok POPULAR ini.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)