Siakap Keli
Foto: Facebook

KJ Nafi Dakwaan Hantar Surat Permberitahuan Usul Tarikh Peralihan Kuasa Kepada Speaker Parlimen

Terkini dalam petikan Bernama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan laporan kononnya beliau menghantar surat pemberitahuan kepada setiausaha Dewan Rakyat berkaitan usul berhubung tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Satu kiriman telah dimuatnaik di Facebook milik YB Khairy Jamaluddin menafikan perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat tentang penyamaran dan berita palsu yang tersebar.

Hari ini telah tular gambar kononnya suatu surat pemberitahuan daripada saya kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawa serta membincangkan usul tentang tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

“Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.

“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti Barisan Nasional.

Penafian yang sama turut dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam Instagram beliau dengan menyifatkan bahawa surat itu adalah palsu.

Satu laporan polis berkenaan penyamaran dan penyebaran surat palsu ini juga telah dibuat menerusi pejabat saya bagi siasatan dan tindakan lanjut pihak berkuasa.

 

Sumber: Bernama, Facebook Khairy jamaluddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.