Siakap Keli

Video Jadi Perhatian Dunia, Wanita Muslim Hamil Diserang Secara ‘Brutal’ Oleh Lelaki Tak Dikenali

Seorang wanita muslim sarat mengandung diserang oleh seorang lelaki di sebuah kafe di Sydney pada rabu lalu.

Dalam satu video yang telah tular di laman sosial, wanita 31 tahun itu dilihat sedang duduk di dalam sebuah kafe bersama dengan dua orang rakannya dan tiba- tiba dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki itu dilihat bercakap dengan mangsa namun tidak lama selepas itu suspek mula menyerang, menumbuk dan memijak.

Mangsa kemudia telah dibawa ke hospital Westmead untuk pemeriksaan dan keluar pada pagi khamis lalu.

Pegawai polis New South Wales,  Inspektor Luke Sywenkyj berkata wanita itu mengalami beberapa lebam dan bengkak pada tubuh.

“Mangsa juga trauma daripada segi fizikal dan mental,” katanya.

Pihak polis bagaimanapun telah menangkap suspek yang berusia 43 tahun dan mendakwa atas tuduhan serangan yang menimbulkan kemudaratan terhadap tubuh badan.

Wanita yang hamil 38 minggu itu memilih untuk tidak dikenali namun beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui rakannya berterima kasih kepada rakyat Australia yang telah memberi sokongan kepadanya.

Menurutnya, kejadian perkauman itu bukan pertama kali dilaluinya namun beliau terkejut dengan penyerangnya yang boleh bertindak dengan kejam.

“Saya takut dengan dunia yang akan dihuni oleh anak-anak kita kelak jika perkara ini tidak diatasi. Saya menyeru semua rakyat Australia, muslim dan bukan muslim untuk sentiasa bersama-sama melindungi orang-orang yang tidak bersalah daripada sebarang serangan agama dan perkauman,” katanya.

Wanita itu juga berkata beliau kebiasaannya sangat mementingkan privasi dan tidak selesa untuk berkongsi cerita namun berharap pendedahan yang berterusan terhadap isu itu akan melindungi orang lain di masa hadapan.

Sumber: Daily Mail

Sofea Shahira

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.