Siakap Keli

(Video) Meremang Bulu Roma, Kata-Kata Semangat Kapten Bakar Semangat Juang Harimau Malaya ‘Mengganas’ Atas Padang

Sebagai peminat bola sepak, kita pastinya ingin mengetahui tentang apakah yang bakal dikatakan oleh sesebuah kapten pasukan bola sepak sebelum mula memerah kudrat mereka di atas padang.

Tambah-tambah lagi jika pasukan itu pasukan yang kita minati seperti Harimau Malaya ini.

Setelah menempuhi dan memenangi ketiga-tiga perlawanan di tempat sendiri, kita pasti tertanya-tanya tentang apakah yang hendak diperkatakan oleh kapten skuad bola sepak negara kepada rakan-rakan yang bakal berjuang menentang pasukan lawan.

Dalam video yang diterbitkan oleh FAM baru-baru ini, kata-kata semangat yang dikeluarkan oleh kapten Harimau Malaya ternyata berkesan dalam memarakkan api perjuangan skuad pasukan bola sepak negara.

Hasil daripada kata-kata semangat yang dikeluarkan oleh Aidil Zafuan Abd Razak itu, ketiga-tiga perlawanan terakhir pasukan Harimau Malaya berjaya mencatatkan keputusan yang menggembirakan buat negara.

Kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Aidil Zafuan Abd Razak itu dibuat setiap kali sebelum para pemain masuk ke padang.

Apa yang pastinya membuatkan semangat pemain-pemain pasukan negara membara adalah, kata-kata tersebut turut disusuli dengan sorakan daripada pemain ke-12 negara.

Berikut adalah video kata-kata semangat oleh kapten Harimau Malaya sebelum perlawanan menentang Tajikistan, Thailand dan Indonesia:

Sumber: FAMTV Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.