Siakap Keli

(Video) Tak Mampu Beli Emas, Pengantin Pilih Tomato Hiasi Diri Di Hari Perkahwinan

Mungkin agak pelik dan kelakar, namun ia betul-betul terjadi apabila seorang pengantin perempuan di Pakistan menggunakan buah tomato sebagai perhiasan menggantikan emas semasa perkahwinannya.

Seorang wartawan Pakistan, Naila Inayat berkongsi satu video di Twitter beliau yang menunjukkan temubual bersama pengantin tersebut yang menjelaskan kenapa dia menggunakan tomato sebagai perhiasan.

“Harga emas sangat tinggi, begitu juga dengan kacang pain. Jadi, saya gunakan tomato untuk perkahwinan saya,” katanya.

Pengantin yang berpakaian berwarna emas itu memakai subang, maang-tikka, rantai dan gelang yang diperbuat daripada tomato. Wanita itu juga memberitahu bahawa dia hanya menerima bungkusan kacang pain sebagai hadiah perkahwinan.

Untuk yang tidak tahu, tomato dikategorikan sebagai sayuran mahal kerana dijual dengan harga yang sangat tinggi di Karachi iaitu RM17.45 per kilogram dan harga borong pula boleh mencecah sehingga RM11.63 per kilogram.

Sumber: India Today 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra