Siakap Keli

Video Tular Dakwa Penyokong Indonesia Dibelasah, Syed Saddiq Tampil Perjelas

Walaupun perlawanan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan Malaysia dengan Indonesia berlalu beberapa hari, namun kekecohan yang berlaku di dalam dan luar stadium masih segar di mulut masyarakat Malaysia dan juga Indonesia.

Menjengah ke laman Twitter, terdapat satu video tular yang didakwa penyokong Indonesia dibelasah oleh penyokong Malaysia di luar stadium.

Perkara tersebut dianggap sebagai perkara yang serius kerana melibatkan penyokong Malaysia. Ekoran daripada video tular itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter miliknya.

Menurut kenyataan tersebut, Syed Saddiq mengatakan bahawa dia telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Kalau ada pihak yang dipukul, tolong suruh dia buat laporan ke pihak polis.

Keadilan adalah untuk semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia.

Isu pergelutan di antara penyokong Malaysia dan Indonesia telah bermula sejak tiga bulan lepas di Stadium Gelora Bung Karno dan ianya berlarutan ketika perlawanan kedua yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas.

Syed Saddiq dalam posting terbarunya menjelaskan bahawa video tersebut adalah palsu selepas mendapat pengesahan daripada pihak polis Malaysia yang telah berhubung dengan pihak polis Indonesia.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh netizen sama ada dari Malaysia mahupun dari Indonesia.

“Video ini seakan-akan bukan pada lepas waktu perlawanan tempoh hari. Mohon YB siasat betul-betul”

“amboi hampa buat taik boleh. orang buat taik dengan hampa tau pulak nak koyak”

“Ya Allah malunyaaa, sedih tau sampai bila la nak bergaduh macam ni”

“Maaf, video tu tak ada sorang pun pakai jersi Malaysia atau Indonesia”

Sumber: Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra