Siakap Keli
Foto: Twitter

Tular Video Pelajar Pecah Kerusi & Meja Sekolah, Buat Netizen Berang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita semua tahu cuti sekolah bakal bermula, bagi para pelajar yang telah memduduki peperiksaan mungkin sedang meraikan hari-hari terakhir mereka di sekolah.

Bila dikenangkan balik waktu bersekolah dulu, tidaklah sampai merosakkan harta benda milik sekolah seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan. Semua orang tahu, kerusi meja di sekolah akan digunakan oleh ramai orang dan tidak boleh merosakkannya sesuka hati.

Menerusi video yang berdurasi 13 saat itu mengundang kemarahan semua pihak tentang ‘kenakalan’ merosakkan harta benda sekolah dengan membaling dan menyepak kerusi di dalam kelas hingga hancur.

Video ini dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter dengan 44 ribu tontonan serta 1,700 ulang kicau ini sangat menguris perasaan pihak sekolah tersebut.

Semalam hari last cuti, tapi ni yang mereka buat.. tau la gembira .. tapi ni gembira ka marah ni? tak nak cuti ya dik??? Kuatkanlah hati kami para pendidik dan bakal pendidik zaman sekarang

Difahamkan dalam video tersebut, keadaan kelas tersebuh bersepah kerana tindakan yang tidak bermoral dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Paling menyedihkan, ada segelintir pelajar yang memakai ‘kopiah’ dilihat hebat menghancurkan peralatan tersebut

Bukan senang ya jadi pendidik zaman sekarang.. Nanti siapa yang bakal dipersalahkan? Mereka juga. Sedihnya tengok dengan bangga lagi rakam semua ni.

Apa salah bangku tu. Bayangkan betapa hancurnya hati para guru bila lihat benda ni. Tak berkat ilmu hidup susah nanti dik.

I hope korang janganlah main2 nama negeri ni. Just nak highlight perangai students zaman sekarang. Saya percaya isu vandalisme ni tiap negeri ada. Cuma kantoi tak kantoi ja. Ini yang kita nampak di satu sekolah dalam negeri, bayangkan berapa ratus sekolah yang begini di setiap negeri.

Entahlah guys… instead of feeling angry… sis rasa sedih pulak.. tak marah, cuma sedih dan risau. Kenapa anak-anak sekarang jadi macam ni, this is one of the issue yang kita kena tangani, mereka ni tak boleh dimarahi teruk-teruk, nanti makin menjadi. So penyelesaiannya mcm mana?

Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen di Twitter tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan pelajar tidak bertanggungjawab tersebut.

“Itu yang macam shyton perangai tu”

“Pandai tanpa adab ni la jadi”

“Budak-budak yang tak pernah rasa kena sebat”

“Hei aku pon pelajar tapi tak perlu kot nak rosakkan harta benda skolah.”

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.