Siakap Keli

Waspada Musim Cuti, MetMalaysia Keluar Amaran Cuaca Buruk Sehingga 24 November Ini Di 3 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa buah negeri termasuklah negeri Terengganu, Pahang dan Johor.

Pada pukul 2 petang (22 Nov), Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan negeri-negeri tersebut sehingga 24 November ini.

Hujan lebat dijangka akan berlaku di beberapa daerah di negeri Pahang iaitu Kuantan, Rompin dan Pekan manakala daerah Kemaman bagi negeri Terengganu.

Antara kawasan yang dijangka akan menerima hujan lebat di negeri Terengganu ialah daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun serta daerah Mersing di negeri Johor – Jabatan Meteorologi Malaysia

Kredit Foto: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.