Siakap Keli

Biodata Safawi Rashid, Pemain Bola Malaysia Yang Membenam Indonesia Dengan 2 Gol

Selepas berjaya membenamkan Indonesia dengan dua gol dalam liga kualifikasi Piala Dunia 2022 di Stadium Bukit Jalil pada Selasa lepas, nama Safawi Rasid menjadi trending di internet susulan rembatan kencangnya yang meragut gol lawan. Pemain dari Johor Darul Takzim itu menjadi penjaring tunggal di dalam perlawanan tersebut.

Kepada yang mahu mengenali Safawi Rasid dengan lebih dekat, berikut adalah biodata beliau:

Biodata Safawi Rasid

Nama Penuh : Muhammad Safawi Hamdi Noor bin Rasid

Nama Panggilan : Safawi

Umur : 22 tahun (2019)

Tinggi : 1.73 m

Asal : Dungun, Terengganu

Status : Bujang

Pasukan : Johor Darul Ta’zim

Posisi : Penyerang

Safawi Rasid di Media sosial

Safawi Rasid dilihat tidak selalu aktif di Facebook, namun beliau agak aktif di laman sosial Twitter serta Instagram. Posting beliau yang terakhir di Twitter adalah pada 21 November 2019, di Instagram pada 23 November manakala di Facebook pula adalah pada bulan Ogos 2019. Beliau juga mempunyai satu page Facebook yang bertempat di https://www.facebook.com/safawirasidfanpage/ namun juga dilihat tidak aktif.

Bagi yang mahu mengikut Safawi di media sosial, boleh mengikuti pautan-pautan dibawah.

Instagram : https://instagram.com/safawirasid29

Twitter: https://twitter.com/safawi37

Facebook: https://www.facebook.com/safawi.rasid

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....