Siakap Keli

Gagal Sempurnakan Penalti, Pemain Indonesia Tutup Ruang Komen IG Dipercayai Kerana Dikecam Penyokong Sendiri?

Dalam aksi separuh akhir Kejohanan Bawah 18 tahun (B-18) Sekolah Sekolah Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Batakan, Balikpapan, malam tadi, skuad negara telah berjaya menempah ke slot perlawanan akhir dengan menundukkan pasukan Indonesia.

Perlawanan tersebut terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Keputusan sepakan penalti tersebut walau bagaimanapun telah berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jumlah jaringan 5 berbalas 3 berjaya dicatatkan.

Selepas tamatnya perlawanan, pemain Malaysia dilihat menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dengan pergi menenangkan beberapa pemain Indonesia yang terduduk kecewa selepas gagal memenangi perlawanan tersebut.

Menurut pengguna facebook, mereka mendakwa salah seorang pemain Indonesia yang gagal menyempurnakan penalti telah menerima kecaman daripada penyokong sendiri, khususnya di laman IG pemain tersebut, Muhamad Reza Alfariz.

Semakan yang dibuat di IG pemain tersebut mendapati memang ruangan komenya ditutup, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia ditutup kerana kecaman penyokong sendiri seperti didakwa ataupun atas alasan lain.

Bertubi-tubi kena kecam

Menurut pengguna facebook, pemain Indonesia itu dipercayai telah bertindak menutup ruangan komen akaun media sosialnya kerana menerima kecaman dipercayai oleh penyokong sendiri.

Dipercayai, pemain tersebut berbuat demikian kerana tidak mahu emosinya diganggu selepas kecewa kerana gagal menjaringkan gol dalam perlawanan yang berlangsung semalam di hadapan penyokong sendiri.

Sumber: Muhamad Reza Alfariz

Aqmal Ezany

I write what is right