Siakap Keli

Polis Sahkan Kejadian Tidak Bertempat Di Stadium/Luar Stadium” -Syed Saddiq

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai satu video pergaduhan yang didakwa melibatkan penyokong Indonesia yang dibelasah oleh penyokong Malaysia. Kejadian yang dikatakan berlaku di luar Stadium Nasional Bukit Jalil itu walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai kebenarannya.

Menerusi perkongsian terbaru di Facebook Polis Diraja Malaysia, terdapat satu kenyataan media berhubung penularan video penyokong Indonesia dipukul.

Menurut kenyataan tersebut, pihak polis telah menerima satu laporan yang menggesa pihak polis untuk menyiasat kesahihan video berkenaan.

Siasatan sedang dijalankan, namun siasatan awal dipercayai ianya dibuat dengan niat untuk memburukkan reputasi Malaysia serta menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Tambah lagi, video berkenaan dipercayai tidak berlaku di kawasan stadium seperti yang didakwa oleh video tular berkenaan. Turut terkesan dengan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga berkongsikan kenyataan media daripada polis di laman Twitter miliknya.

Syed Saddiq juga menasihati agar siapa-siapa yang terkesan atau berada di tempat kejadian untuk membuat laporan polis supaya siasatan adil dapat dijalankan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia / Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra