Siakap Keli
Gambar: Urban Jungles Radio

Tangan Terbelah Nampak Isi, Gara-Gara Iguana Dibela Tiba-Tiba Bertindak Agresif

Ramai diantara kita yang pastinya akan membela haiwan peliharaan kerana minat serta mempunyai sifat cintakan haiwan.

Daripada secomel-comel haiwan, sehinggalah haiwan yang berbahaya.

Ada juga di kalangan kita yang amat meminati haiwan reptilia sehingga ada yang tidak kisah melayan kerenah dari segi pemakanannya walaupun kadang kala pemakanannya memerlukan perbelanjaan yang besar serta tempat yang tertentu bagi mendapatkannya.

Bagi anda yang mahu berjinak-jinak untuk membela haiwan reptilia ini, anda perlu tahu bahawa haiwan reptilia ini bukanlah seperti haiwan-haiwan peliharaan yang biasa dibela.

Ini kerana, selain dari segi pemakanan serta penjagaannya yang agak leceh sedikit, anda perlu tahu bahawa haiwan reptilia ini kebanyakannya bersifat agresif.

Justeru pada itu, jika anda baru hendak membela haiwan reptilia ini, anda digalakkan supaya membelanya ketika haiwan ini berada di dalam usia yang muda.

Jika tidak, ianya akan dikhuatiri bertindak agresif kerana susah untuk dijinakkan jika usianya sudah meningkat dewasa.

Seperti yang pernah dimuat naik oleh pengguna Facebook ini, dia ada berkongsikan tentang haiwan peliharaannya iaitu seekor iguana yang didakwa telah bertindak mencederakannya sehingga terpaksa menerima jahitan.

Berikut adalah foto yang dikongsi melalui perkongsian tersebut:

Kepada sesiapa yang ingin memelihara haiwan reptilia, anda dinasihati supaya rujuk dulu pada orang yang berpengalaman dalam mengendalikan haiwan jenis ini supaya kejadian yang tak diingini dapat dielakkan.

Sumber: Urban Jungles Radio

Aqmal Ezany

I write what is right