Siakap Keli

(Video) Netizen Malaysia Puji Rumbiak, Jadi ‘Perisai’ Lindung Pemain Malaysia Dibaling Botol

Skuad bola sepak negara terus melakar berita gembira buat kita semua selepas berjaya memenangi kemenangan menyingkirkan Indonesia pada separuh akhir dalam Kejohanan Bawah 18 tahun (B-18) Sekolah Sekolah Asia 2019 di Stadium Batakan, Balikpapan, Indonesia malam tadi.

Skuad negara yang rata-ratanya berusia 16 tahun berjaya memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti yang memihak kepada pasukan negara selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Skuad negara berjaya membuktikan bahawa stadium yang dipenuhi oleh penyokong tuan rumah serta terpaksa beraksi dengan 10 orang tidak mematahkan semangat mereka dalam memburu slot ke pentas akhir.

Sungguh pun insiden ‘panas’ yang berlaku dalam skuad senior kedua-dua pasukan masih lagi hangat dibicarakan, terdapat insiden yang agak menarik berlaku dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Ketika pemain Malaysia dijatuhkan oleh pemain Indonesia, penyokong Indonesia dilihat melempar botol ke dalam padang.

Pemain Indonesia yang menjatuhkan pemain Malaysia itu terus menghadap penyokong tuan rumah supaya hentikan perbuatan tersebut sambil cuba melindungi pemain Malaysia daripada terkena botol yang dilemparkan ke padang.

Video yang dimuat naik itu telah mendapat lebih daripada 40 ribu tontonan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji sikap pemain jersi nombor 7 iaitu Christian Rumbiak kerana menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dalam perlawanan tersebut.

Terima kasih no. 7

Respect on your sportsmanship

Boleh pergi jauh

Sumber: @BolaNusantaraID

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.