Siakap Keli

(Video) Rakam Vlog Nak Buat Kejutan Hari Jadi, Lelaki Meraung Sampai Rumah Ayah Dah Meninggal

Siapa sahaja yang tidak sayangkan kedua ibu bapa kita bukan? Nikmat memiliki ibu bapa ini tidak semua daripada kita yang dapat merasa.

Justeru daripada itu, kita sebagai insan yang telah dikurniakan dengan nikmat ini seharusnya bersyukur serta perlu menjaga kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada di samping kita.

Seorang pengguna Facebook yang bernama I’m Okay ada memuat naik satu video yang dikongsikan menerusi laman Facebooknya.

Menerusi video tersebut, dia dikhabarkan sedang dalam perjalanan untuk membuat kejutan sempena hari bapa buat ayahnya.

Segala persiapan serta perancangan telah dibuat. Lelaki tersebut turut membuat Vlog bagi merakamkan detik-detik yang sepatutnya berakhir dengan kegembiraan.

Namun begitu, setibanya dia di rumah, dia mendapati bahawa sebuah jasad telah terkujur layu di atas katil.

Lelaki tersebut kemudian tersentak lalu meraung kesedihan sambil memegang belon yang pada awalnya ditujukan untuk menyambut hari yang sepatutnya berakhir dengan kegembiraan itu.

Video penuh yang berdurasi selama 10 minit itu telah mendapat sebanyak lebih daripada sejuta tontonan di Facebooknya.

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya sukar untuk diterima. Namun, kita sebagai manusia biasa haruslah redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Illahi.

Kita juga harus beringat bahawa, pemergian orang yang tersayang ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Hargailah orang tua kita selagi mereka masih ada di dunia ini sebelum terlambat.

Sumber: I’m Okay

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: