Siakap Keli
Kredit Foto: cnnindonesia

5 Senaman Ringkas Hilangkan Perut Buncit, Boleh Buat Dimana-Mana Sahaja

Ramai yang idamkan perut yang kempis dan gaya hidup yang sihat. Namun, kekangan masa kadang-kadang dapat membantutkan niat seseorang untuk melakukan senaman bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik dan sihat.

Jangan risau. Ikuti 5 senaman ringkas ini yang pastinya anda boleh lakukan di rumah sendiri dalam masa yang sangat singkat. Anda pastinya tidak akan terasa terbeban dengan senaman ini dan paling penting dapat mengempiskan perut anda.

1.Planks

Kredit Foto: listland
  • Senaman planks ini seakan-akan push up. Cuma anda tidak perlu lakukan turun naik seperti push up.
  • Letakkan badan anda seperti meniarap di atas lantai yang rata.
  • Tahan badan anda menggunakan tangan dan siku anda.
  • Anda mungkin dapat menampung berat badan anda dalam masa 8-10 saat sahaja pada awalnya. Namun, ianya akan meningkat jika anda terus melakukan ini.
  • Ulangi sama lima kali enam kali.

2.Side plank

Kredit Foto: mensjournal
  • Mulakan seperti anda ingin melakukan planks.
  • Kemudian, alihkan badan ke arah kiri atau kanan ikut keselesaan anda.
  • Rentangkan lengan kanan ke arah langit-langit.
  • Tahan sehingga beberapa saat dan tarik nafas panjang.
  • Ubah ke arah posisi lain pula.

3. Sit Ups

Kredit Foto: directlyfitness
  • Mula dengan berbaring di atas lantai, menghadap ke atas.
  • Anda boleh meletakkan tangan anda di belakang kepala.
  • Kemudian, gerakkan badan ke arah lutut anda.
  • Ambillah tarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan.
  • Pastikan cekaman tangan anda tidak terlalu kuat terhadap kepala dan leher.
  • Anda sepatutnya menggunakan otot perut untuk bergerak ke atas dan ke bawah, jadi pastikan leher anda tidak tegang ketika lakukan latihan ini.
  • Lakukan ini 10-15 kali.

4. Russian Twist

Kredit Foto: kingssleeve
  • Anda oleh lakukan aktiviti ini dengan posisi berbaring di lantai terlebih dahulu.
  • Kemudian, bengkokkan lutut anda dan angkat bahagian atas badan ke lutut.
  • Perlahan-lahan berpusing dari satu sisi yang lain kepada sisi lain.
  • Pastikan anda bergerak dengan kekuatan otot perut anda dan bukan tangan anda sahaja.
  • Anda boleh cuba memegang bola atau sesuatu yang berat ketika berpusing daripada satu sisi kepada sisi yang lain.

5.Crunches

Kredit Foto: coachmag
  • Berbaring di lantai sambil meletakkan tangan di belakang kepala,
  • Bengkokkan lutut dan letakkan kaki anda.
  • Angkat bahagian atas badan anda dari lantai,
  • Tarik nafas semasa anda naik dan hembus nafas ketika anda turun.
  • Ulangi, selama beberapa minit dan berehat.

Sumber: food.ndtv

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.