Setiap bandar utama di dunia ini mempunyai masalah gelandangan. Hal ini tidak boleh dipertikai lagi. Banyak faktor yang berlaku menyebabkan munculnya golongan ini yang menyebabkan hidup mereka menjadi seperti ini.
Beddown merupakan sebuah badan amal di Brisbane, Australia sedang menjalankan satu usaha untuk membantu golongan yang tiada tempat tinggal dengan idea yang inovatif.
Organisasi ini menjadikan ruangan tempat letak kereta sebagai tempat tidur bagi gelandangan pada waktu malam. Hal ini kerana ruangan ini dilihat dibiarkan kosong begitu sahaja.
Inisiatif ini dijalankan adalah untuk membantu gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal untuk tidur dengan selesa pada waktu malam.
Selain itu, mereka juga diberi pakaian baru dan ruang untuk membersihkan diri mereka.
Menurut Norman McGillivray, pengasas charity ini menyatakan bahawa idea ini timbul ketika dia sedang berjalan melalui tempat letak kereta yang kosong di Parking Secure, salah sebuah tempat letak kereta terbesar di Australia.
Kini Beddown ini hanya dijalankan di Brisbane, namun ianya turut dilakukan di tempat-tempat lain.
Gelandangan yang telah menggunakan perkhidmatan ini rata-rata merasa puas hati kerana disediakan tempat tidur yang selesa.
Usaha seperti ini harus diteruskan lagi supaya golongan yang memerlukan seperti ini boleh memperbaiki kehidupan mereka pada masa akan datang.
Sumber: interestingengineering, beddowntonight